Tuesday, October 27, 2009

Getting impatient!

Bila dah masuk 38 weeks nie, perasaan TAK SABAR tu semakin ketara....how can u help urself when ur getting clumsier than usual, pegang itu jatuh ini jatuh, perut asyik berlanggar dgn objek, jalan terhoyong-hayang tak stabil, sakit sana-sini especially pinggang, urat paha dan TERUTAMANYA di bahagian ari-ari...

Tido malam toksah cakap la...statik takleh nak pusing kiri-kanan, tido ala2 separa duduk sebab baby tak bagi mama dia tido mengiring hehe..nanti dia memberontak, alahai rindunyaa nak tido mengiring, meniarap, kuak lentang etc..baru terasa nikmat rupanya tido camtu

Tapi di sebalik kegelisahan, ketidakselesaan & ketidaksabaran itu, sebenarnya terselit rasa syukur & nikmat atas pemberianNya, kadang tu bila tengok cermin rasa tak sangka yang syamariz nie mengandung, sesuatu yang sangat2 diidamkan sejak dari perkahwinan pertama lagi, namun hanya di perkahwinan kedua, baru diizinkan Allah, syukur Amin!! Satu lagi bila baby kicking & buat aksi "ong bak" dia dalam perut huhu..wpun kadang tu sakit & ngilu tapi bibir pasti menguntum senyuman melihat kenakalan & keaktifan dia dalam perut...sekarang nie mesti baby mama dah rasa sendat dalam perut yang semakin sempit, kadang tu terasa dia menekan pundi kencing (eiiii ngilu sangat) & menekan tulang rusuk dada sampai mama semput nak bernafas..

Perkembangan terkini lepas checkup kat DEMC semalam, berat mama baby dah 72.5 kg (kenaikan 12.5 kg dah), berat baby 3.1kg (fuhhh kenaikan 400gm dalam seminggu jer), kepala baby dah engaged so kemungkinan untuk dia lahir songsang (breech) tu takde la sebab dah standby mode dah...bukaan cervics pun dah 1 cm....sekarang nie cuma menunggu masa jer, mild contraction tu dah ada macam perut menegang & mengeras once in a while, sakit pinggang pun dah terasa...cuma nak tunggu contraction yang kerap/"show" (mukus bercampur darah) atau pun pecah air ketuban...so doc dah bagi MC seminggu suh rehat (alhamdulillah), keje kat opis pun dah beres, sekarang menanti dengan penuh ketidaksabaran..doakan syamariz ya kengkawan sumer...

Just wanna share....

Some of the books that i've read during pregnancy (termasuklah majalah PA & MA tapi gambar tidak disertakan). Paling informatif ialah buku "Penjagaan Ibu & Anak" & "What to expect when ur expecting"...i learned a lot through those books, dari zero knowledge on pregnancy sampai ok la...

Mama & baby's bag untuk ke hospital yang disediakan since mengandung 7 1/2 bulan lagi...dah selamat dok dalam kereta, tak tau bila nak pakai jer..

Some of baby's stuffs yang dah tersedia menunggu si kecil...set tilam bantal semua, playpan/baby cot yang masih kemas dalam beg, breast pump, diapers, baby's bag etc...


And lastly for mama....set penjagaan bersalin Tropical Herbs dari Amway & Pati Ikan Haruan Polleney (strongly recommended by Yas nak bagi luka dalam baik cepat). Actually dia suruh makan pati ayam sama tapi syamariz try yang nie dulu...tu pun ntah lalu ke tidak, nak cepat baik punya pasal (serta nak slim cepat), daku kan telan apa saja...eiiii tak sabar nak kurus balik, rindu dah tengok baju2 lama serta nak aktif macam dulu balik haha...hopefully tercapai la cita2 ku Amin!
syamariz note :
sekarang tengah pening kepala pasal bidan & pengasuh baby bila naik keje nanti...mak bidan yang nak dok sekali tu hanya free 8 nov nie, what if syamariz bersalin awal...ishhh kena ada back-up nihh, pengasuh pun masih tercari2 lagi dekat2 area umah, senang nak hantar...



Sunday, October 25, 2009

My Pregnancy Pics

I am now entering my 38th week of pregnancy already...still no signs of labor yet, sabar! sabar! So before the journey ends, i would like to remind myself of how i look like throughout my 3rd trimester of pregnancy, just as a sweet reminder of this amazing experience called pregnancy...

My "mak buyong" pictures..











So far i've gained around 10-11 kilos, and the baby now weighs around 2.7 kilos (as at 37 weeks)..tomorrow i'm gonna have another checkup routine @DEMC and we'll see how it goes from there...perasaan setakat nie adalah sangat tidak sabar ok!! Tak sabar nak tengok baby dan tak sabar rasanya nak bergerak pantas macam dulu hehe..terasa diri ini tersangatlah berat & asyik sakit sana-sini-sinun....doakan ya!