Monday, November 7, 2011

Nayra's 2nd birthday

Nayra's birthday = 1st November
Celebrate kat umah ibu dia (babysitter) dulu on that day..balik opis terus gi umah ibu dia, Mr B pun dah tunggu kat situ, potong2 kek...makan...terus bawak besday girl balik (kereta berasingan huhu..)

Sajer celebrate kat umah babysitter dia dulu, bagi ibu & ayah dia happy...nanti raya haji celebrate dgn maktok, tatak, abg shed, achu, makngah anne & pakcik yan pulak hehe


Ni kek kat umah ibu..beli simple2 dulu kat nearby bakery, nampak tu...salah satu bulatan kat kek tu dah kena tenyeh dgn tangan kecik dia....adoiii la..agaknya dia geram tgk haha



Haaaa...ni pulak kek besday nak sambut kat umah maktok, merangkap kek raya haji..Red Velvet Cake (RVC) order dgn my opismate Lynn Choc...kelasss ko Nayra, hambekk sampai 2 kek...besday present tahun ni mama bagi kek ajelah ye


Happy Birthday my little darling....mama loves u so much, semoga membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat


Dah besar anak dara mama nie...2 tahun dahh..eh emo pulak..bukan apa, cepat betul budak2 ni besar..rindu masa she's still a baby...Happy Birthday again sayang mama buchuk2


Tuesday, July 12, 2011

It's been a long time...

The time is now 11.30pm and tonite i don't feel sleepy like usual...

It is time to update my idle blog.....

It has been 1 1/2 months since i last post my entry...so what kept me busy u ask?

I was (and am) busy reading other people's blog, i got my hands full with office work and the little cookie at home (miss gumuk Nayra) and not to mention the never ending housechores...

I use my free time at home to read magazines and books...

Most importantly..i'm not ready to sacrifice my sleep just to update my blog...so cemana???

In the end, my blog will only be updated if Nayra is asleep and i am not sleepy (like tonite)...or if i have time at work (mati la kalau boss tahu..ampunnnn)

But i still want my blog to live on...mostly because i get to jot down stuffs i want to remember for the rest of my life..the memories yeahhh...that's the thing...

So folks...i'm blabbing for nothing tonite trying to explain why my blog is idle...actually there are several important things that i need to update here...will do that..tungguuuu (sapa yg nk tunggu sebenarnya ni)

Ok....stop dulu.....i'm lost for words.......

Wednesday, June 1, 2011

Lady in Pink!

Sometimes when i went shopping for Nayra's clothes, i didn't realize that my hands would always end-up grabbing everything that is PINK!! Here's the proofs....



gaya "makan angin"


gaya "Dora the explorer"


gaya "budak tadika"


gaya "Diva" : )


gaya "Posh Look" ecewahhh..


I tried to change to other colours..but would always fall for pink ohh..i'm such a "pinky" mother hehe...aside from pink, i think white & red suit this little girl well don't u think?


















Tuesday, May 17, 2011

Menu Hari Wesak

Sonoknya dapat cuti tengah2 minggu..baru keje sehari dah cuti balik yahooo..

Dah plan dah nak masak nasik ayam & kek coklat kukus, akhirnya sempena Hari Wesak, menu2 ini dapat direalisasikan hehe...dah macam menyambut hari raya pulak buat menu special ni kan..

Seronok tengok Mr B & anak2 makan...sebelum ni bukan syamariz tak masak..eh masakkkkk tau.....tapi menu biasa2 aje la...nasik putih & lauk2 gitu..pas masak nasik ayam ni mula la otak ligat nak buat nasik2 best yang lain (selain nasik putih hehe)

Aiseyyy....gambar tak amik la pulak..macam tak best entry takde gambar....takpe next time and plus recipes (kes jeles tengok member siap masak macam2 menu masuk blog haha..mieza jgn tersedak ye!)

Ok..that's all for now folks!

syamariz note:
eiiii...mulut nayra sekarang semakin keletahh..macam2 benda dia nak tunjuk & cakap...terhibur tapi kadang tu penat melayan hehe...love u tichik mama! keep up the good work!

Wednesday, May 11, 2011

QE (5S) Benchmarking Visit to PERHEBAT

Aktiviti : Lawatan Penandaarasan 5S ke Perbadanan Hal-ehwal Bekas Anggota Tentera (PERHEBAT) Sungai Buloh....ni kalau org keje gomen tahu la...budaya 5S amalanku heheh


Tarikh/ Hari : 11 Mei 2011/ Rabu


Peserta : Penyelaras Bengkel & Makmal setiap jabatan PSA....ada la dalam 20 lebih org


Kenderaan rasmi : Bas panjang PSA


Motif entry: Dapat menge'share' dengan sesiapa di luar sana yg ingin benchmark amalan 5S/QE di tempat keroje memasing






carta kehadiran staff







sudut hijau...best gak kalo kat opis ada pokok & air mengalir ni, hilang sikit stress kan




stor yang sangat kemas



fail yang tulangnya diletakkan gambar/wrapping paper supaya lebih ceria


ni pemenang tandas tercantik PERHEBAT masa pertandingan audit QE..di seksyen rangkaian komputer (macam unit ICT diorg la)


ni paling best...nak buat gak kat rumah boleh tak hahaha..untuk encik suami



p/s: parkir tong sampah yg tak tahan tuuu.."parkir"!!!













Monday, May 9, 2011

Bag hanger anyone???

Syamariz ni dah lama sebenarnya nak beli menda alah nie..what do u call it? Oh yes..bag hanger!

Officemate i la si Lynn ni yang introduce, katanya beli kat Cosway tapi dah beribu kali syamariz pegi Cosway tapi yilekk...asyik2 takde stok, geram nihh...orang dah tak sabar nak pakai nie : )

In the end, syamariz tutup mata..beli jer kat sini kasi puas hati..hahh 3 hari jer dah dapat dah..

Kebaikan bag hanger ;
1. Tak letak handbag merata tempat
2. Menjimatkan ruang di atas meja opis
3. Boleh diletakkan dengan mudah di meja makan ketika makan di luar (sambil berhempas pulas dengan nayra yang melasak)


Bag hanger motif kumbang hijau


demo sikit cemana nak letak


Ok..sesapa berminat leh shopping kat http://butikceera.blogspot.com


Selain bag hanger...ada key-finder (cara mudah mencari kunci kereta dalam handbag), namecard holder yang cantik, nursing cover (untuk ibu2 menyusukan baby), baju etc etc



Happy Mother's Day..a pending entry!

Hari Ibu dah berlalu ahad lepas tapi diriku baru terhegeh2 nak masuk entry...apakan daya, ke'bizi'an melanda..neverending officeworks & housechores day-in & day-out

For mama, just wanna say "Love u always & forever...thank u so much for all u had done for me & the siblings..nothing can ever be compared to ur unconditional love & sacrifices"


Kek yang simple but i bought her favourite (fresh fruit cake)..this one is "Fruit Garden" from King's Confectionery
Nayra yang menyibuk bila maktok nak potong kek..dia terlebih excited tengok kek tu



Sexy nayra with maktok...baju dah tanggal sebab makan comot & cuaca panash


Love u mama...Selamat Hari Ibu dari anak sulung mu






Tuesday, May 3, 2011

Tukar susu lagi...

Ni dah kali ke-5 Nayra tukar susu....

0-7 months : Frisolac Gold

7-12 months : Enfapro A+

12-13 months : Mamil Gold (shortlived cos Nayra had diarrhea at this stage due to Lactose Intollerant)

13-17 months : Isomil plus

17 months : Anmum Stage 3


Sebabnya? Anmum tiada gula tambahan..sangat sesuai untuk Cik Nayra yang ehem paham2 je la (geboos) Sila rujuk iklan Anmum untuk maklumat lanjut atau pun www.semakgula.com.my hehe

syamariz note:
kita akan sentiasa mencari alternatif terbaik untuk anak2 kan...

Riang Ria with Tupperware

This is the first time i bought tupperware products..selalunya dapat hadiah ajer, tapi bila tengok 2 produk ni terus rasa tak tahan nak beli hehe..


baby set..2 cute bottles (BPA free) and a milk container, luckily Nayra doesn't mind alternating her Avent bottles with Tupperware...semua dia hentam saja, price is around RM70++


mums-on-the-go set...memudahkan para ibu membawa bekalan anak (atau diri sendiri),
price is RM50++


Cute kan?




Bila dah sihat...

Cenggini la aksi dia bila dah sihat sikit...ronda check kawasan spital...beramah mesra dgn rakan sebaya dan kacau kakak nurse hehe..layan gambar...























She was warded again...

Nayra demam on-off starting 19 april dan berlarutan selama seminggu....dalam tempoh tu, dia batuk tersangat teruk sampai tak boleh tidur & muntah, lepas tu dengan hingus yang hijau pekat dok mengalir 24 jam...paling takleh tahan, dia dah tak mau makan, minum & susu, mungkin sebab sakit sangat tekak dia ditambah tak sedap badan..dalam tempoh seminggu tu 2x pegi DEMC tengah2 malam (klinik pesakit luar) tapi tak baik2 jugak..2nd time pegi tu mintak warded tapi bilik penuh : (

Bila dah tak mau makan & minum, cemana nak makan ubat kan? Perut kosong..pastu siap muntah asid perut lagi..hadoiiii tu pasal 27 hb terus pegi DEMC lagi sekali, this time around terus jumpa doc kesayangan Nayra (Dr Roliza), dia pun suggest warded kan...InsyaAllah kalau dah masuk drip air & antibiotik tu ok la sikit...

Alhamdulillah, lepas warded kesihatan dia semakin baik, paling penting dah tak demam dan ada selera makan/minum...serta mendapat tajaan insurans kalini..hehe terbaik!!! Dulu waktu Nayra warded kat SMC (age 6 months) 5 hari dah dekat RM6k..nk gugur jantung waktu tu, kalini alhamdulillah juga insurans dan covered...Mama doakan kesihatan Nayra semakin baik ya sayang....love u so much!!

Kenangan di hospital...

Alhamdulillah dapat single room...ni masa baru sampai, Nayra masih demam waktu ni..ehem ehem perasan tak atas katil tu, si Tigger mesti ada temankan budak gumuk nie


Pemandangan kat luar tu mengadap bangunan baru Jabatan Audit Negeri Selangor yang unik (bersebelahan Hotel Bluewave Shah Alam)



Motif gambar ni? Tandas yang selesa hehe...penting tuuuu!!



Hari pertama...menangis2 dia masuk drip, ni tertido keletihan & badan tak sihat



Lasak tetap lasak..katil tu tak cukup luas untuk dia berguling


syamariz note:

Time dia tak sihat ni ada jugak hikmahnya..vocab Nayra semakin bertambah, mulut pun dah makin riuh dengan perkataan2 baru, dia dah pandai cakap sakit, haus, pedas, takut, bobo, wash, cicak etc etc










Sunday, April 17, 2011

Strolling the park with my sweetheart

Saat2 yang paling manis rasanya bila jalan2 berdua macam ni dgn si kecik gumuk ni... Bila ni? Alah..lepas survey tempat my stepsister nak kawin kat Galeri Shah Alam, i took the opportunity to let her take a walk along the Shah Alam lakeside...so here's the sweet moment i had with her at the park:



syamariz note:

i'm soooooo looking forward to go to KL Birdpark as Nayra loves watching birds but hadn't got the chance yet...kalau pegi nanti lagi best amik gambar dia dgn beburung tuh!

Meninjau Majlis Perkahwinan di Galeri Shah Alam

Macam biasa...dah lama dah cerita ni, baru nk tersiar dalam blog hehe..nk buat cemana tuan punye blog yang tak berapa tegar kan... Tapi nk share jugak sebab mana tau boleh berkongsi dgn bakal2 pengantin out there yg masih recce tempat nk buat kenduri kan....haaaa silalah tinjau Galeri Shah Alam dgn pemandangan yg sangat indah dan aman damai berdepan dengan tasik shah alam, kalau masih blur2...carilah Kompleks PKNS Shah Alam haaaa dekat2 situ ajer..opposite Plaza Alam Sentral, signbord pun banyak menghala ke situ Alkisahnya, my stepsister Sazilah dgn tunangnya Hezry yg cadang nk buat kat situ, so they invited my mom & i untuk pegi tengok2 tempat, terus ada kenduri pulak kat situ..cantikkkkk!!! Dah boleh imagine mcm mana suasana kenduri bulan November nanti....tetamu yg dah kenyang makan boleh la ronda2 tepi tasik pulak amik gmbr feel pengantin lama hehe...Disebabkan suasananya yg 'open air' so agak panas sikit la...tak rasa aircond tapi angin sempoi2 bahasa Langkah kanan kami haritu bila tuan punya caterer jemput kami makan sekali sebagai food testing, tersenyum lebar kami menerima undangan itu haha...wpun agak segan silu sebab kenduri org tak kenal tapi kami terima pelawaan tersebut...Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam (superbbb!!!), Dalca, Ikan Masin & Sambal Belacan plus dessert yang pelbagai daripada tuan rumah disudahi dgn ayor kopi panas...tuan2 & puan2 boleh bayangkan betapa puasnya kami makan disebabkan perut yang dah berkeroncong lewat petang itu...tidak sempat lunch okeyyy...anyway syamariz difahamkan Sazilah tak bercadang nk amik caterer tu nanti, diorg masih mencari caterer lain...cuma venue ajer yg confirm...tema nanti pun kaler purple macam tuan punye kenduri yg kami terjah nih... Ok...sila lihat foto untuk membayangkan tempat tersebut haha...
Nayra terlebih sibuk nk check it out hehe...beg princess tu isi bekal makanan & minuman dia, mama dia cakap "sila bawa sendiri ok"...kijam tak Pelamin nun tinggi di atas stage...pengantin dijamin boleh menyaksikan panorama tasik yg sangat luas..agak2 ngantok tengah bersanding boleh tengok org kayak huhu..
ok..beginilah suasananya..ok tak?? ok lah kan...lain sikit daripada suasana buat kat dewan
bagai orang mengantok disorongkan toto hehe...kuih apam gula hangus ihsan tuan rumah sangat yummy, siap dapat doorgift lagi...amik gmbr pun mulut tengah mengunyah lagi sori hehe..



syamariz note:

bagi yg berminat sewanya RM1k sehari suntuk termasuk deposit api air sumer...

Sunday, March 20, 2011

Francais Usahawan 1 Malaysia

Alahai citer macam dah lama tapi tak kira nak update jugak pasal nie...

I went with 2 other lecturers & 2 groups of students to MATRADE Convention Centre (MECC)on 9th March 2011 for the opening of Francais Usahawan Muda 1 Malaysia organized by PNS (Perbadanan Nasional Berhad) with several other agencies. It was actually held for 2 days but we only went on the first day.

There were forum on the successful franchise businesses, which were moderated by *surprised2* my senior during good old UUM days...Prof Madya Dr Amy Azhar, and panels from franchisors & franchisees of several well-known franchise brands (Smart Reader, Focus Point, House of Healin, Acting Coach & McDonald's). The overall emcee of the day was Nazrul Idrus, which people quickly relate to Sazzy Falak..yess folks, he's her hubby. It seems that his company was appointed to handle the whole affair..i guess so.

As i am very into this type of business (cuma duit ajer yang takde), the topic was very intrigued indeed. They discussed on the advantages of franchise, what it takes to become good franchisees, the opportunities and also their experiences in dealing with this business...its too long and complicated if i were to jot down everything here.

For those who are interested in becoming franchisees but short of financial resources, worry no more...PNS is offering 5 types of financing to those who are interested aka "Skim Biaya Francais". You need to have a "Sdn Bhd" company and ready to pay at least 10% of the whole franchise expenses.

To cut everything short, the trip was beneficial and worthwhile as:
1. I've never been to MECC before
2. I love going to franchise exhibitions or seminars
3. You get free brochures of the franchisors involved in the exhibition
4. Goodiebags & free lunch were given to the audience

Bunting...

Registration...

Hey..that's us!


Birdview of the stage


Me, Cik Dilla & Pn Zaiton among the spectators

syamariz note:
go to http://www.mfa.org.my (malaysian franchise association) if ur into franchise & would like to get as many info as u can..



Thursday, March 3, 2011

Tryin Tutti Frutti

Yesterday my opismates kak zura & mek sue ajak2 ayam gi try tutti-frutti kat cawangan bukit jelutong (cawangan lain kat sek 13, OU and tah mana2 lagi hehe)....diorang berdua ni dah try the day before tapi nak makan lagi so i joined them to have a look (and taste) of what this tutti frutti is all about....ye la kalau brand lain cam Baskin Robbins ke, New Zealand Natural ke penah la dengar and try tapi yg ini belum lagi..

Since the day before, i read about this ice-cream in a blog (refer fillanie's blog) dan macam dah kecur2 air liur so bila ada ajakan ayam ni hahaha apa lagi terus pegi la jawabnya...try jgn tak try!

Haaaa...macam ni cara dia...konsepnya layan diri, amiklah sebanyak mana nak pun janji duit ada boleh bayar..beresss!! Lagi berat lagi mahal sebab dia akan timbang sebelum anda dibenarkan makan...

Step 1: Go to the machine and choose whatever flavour that u want...the flavours changes everyday...on that day among the flavours offered are RED VELVET, PEACH, BLUEBERRY, GREEN APPLE, VANILLA, CHOCOLATE. STRAWBERRY BANANA AND ORIGINAL

I chose (clockwise from the top) : RED VELVET, STRAWBERRY BANANA & BLUEBERRY...wpun penggemar perisa cekelat tegar tapi rasa macam tak masuk pulak kalau mix dgn perisa fruits yang lebih nie

Step 2 : Choose your favourite garnish to put on top of your ice-cream....ada fresh fruits macam anggur, kiwi, mangga, and dragonfruit, ada buah laici dalam tin tu, ada aksesoris cendol, marshmellow, cornflakes, kismis dan coklat biji2 macam M&Ms tu...


Step 3: Timbang dan bayar...guess how much i was charged???? RM19++....makan hingga titisan air liur terakhir hehehehe....



These were what all 3 of us had on that day...sapa tak penah try jgn tak try...obviously i think its kinda overprice, setakat nak cuba tu ok la...tak pun sebulan sekali hahaha...kalau duit banyak hari2 pun boleh...budak sekolah kat bukit jelutong pun boleh serbu kedai ni tau..tercabarnya hakuuu hehehehe..