Friday, August 10, 2012

Perpustakaan Raja Tun Uda

Dah lama sebenarnya nak bawak Nayra gi library since dalam pantang lagi, so a few days ago baru berkesempatan...tu pun memikirkan sebab next week dah kena start keje balik

Lokasi Perpustakaan Raja Tun Uda ini adalah dalam Kelab Golf Sultan Salahuddin, Seksyen 13 Shah Alam....yang menariknya dia ada library especially for kids. Tempat orang dewasa pun ada...menarik, moden, canggih dan selesa...bebudak kolej & poli ramai la datang sini carik bahan buat assignment or just nak menaip

Tapi sebab haritu datang bawak Nayra, syamariz cuma ambil gambar di tempat kids aje la...tengok kalau ada kesempatan, akan dipaparkan pulak tempat org dewasa ya u ols..ok just scroll down to get a few glimpse of the place...strongly recommended for all parents:

entrance to the children's library (called zon kreatif)

rujuk waktu perkhidmatan kalau nak pergi ya..

tv and bean bags...fuhh sedap budak2 melepak nihh, belakang tu siap toilet & surau tapi surau tu for kids ajer...grown ups sila ke surau luar ok

main attraction..big giant fake tree inside

only came for half an hour, Nayra already found herself a friend..i'm amazed considering she's not a friendly type..more of an observer at first..maybe i'm wrong, she is getting bigger and constantly changes her personality..being friendly is good since she is going to start school next year

main kuda err raksaksa? hippo? errr...a weird red coloured creature underneath the giant tree


Hope the pictures send my message well...parents could lepak here while the children enjoying their books...oh what's more interesting, there are also a movie room showing those 3D la 4D kinda movies. but have to pay la and the sits are limited...you could check out from the counter to see what's showing...welll what are you waiting for, bring your kids this coming weekend okehh haha...i should get paid for this : )

Wednesday, August 8, 2012

Smart Reader Kids TTDI Jaya

Alhamdulillah...harini dah masuk 20 Ramadhan, tinggal 10 malam terakhir untuk merebut Lailatul Qadar dan seterusnya marayakan AidilFitri...hati terasa sangat rindu untuk menunaikan solat sunat Terawih di masjid sebab semenjak melahirkan Nayra, memang tak berkesempatan nak pergi..iye la, kang nak letak mana pulak makcik tu kan hehe...

Tahun ni walau pun dah ada maid, tetap sukar nak pergi sebab risau keselamatan Nayra kalau bawak dia pergi terawih sekali...nak tinggal kesian pulak kat maid sebab ada baby kecik lagi nak dijaga, nak bawak hmmm...sah2 dia tak boleh duduk diam lagi, kang asyik berbisik ajak balik atau pun...worst hilang gi main ntah ke mana..huishhh sabar dulu la, maybe next year diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk merebut ganjaran ibadah sunat ini

Ok..talk about the main title as the above, pencarian tadika Nayra masih diteruskan sebab nak gather as much info as i can...haritu dah gi survey Smart Reader Subang (tak sempat amik gambar), kalini survey branch TTDI Jaya pulak sebab dekat dgn opis..


reception area cum office

                                                       
                                         ruang makan, pantri and kelas maths di belakang tu


                                               play area and also class for 6 years olds


                                           more on the play area...cantik kan hiasan dia

 
                                                                class for 5 years olds

                                                                class for 4 years olds

Ok Smart Reader branch TTDI Jaya ni kalau ikutkan, dekorasinya jauh lebih cantik & kemas daripada branch Subang 2...sebab di Subang adalah sangat crowded (students ramai), sempit, nampak kurang tersusun, tak lawa and the list goes on...di TTDI Jaya ni students kurang sikit (around 20++ overall) dan masih baru (since 2007)

But kalau ikutkan lokasi, off course branch Subang tu lagi convenient sebab dekat dgn rumah and the teachers pun nampak very dedicated...my neighbour yang run taska tu pun strongly recommend SR Subang 2 sebab anak dia pun school kat situ....mungkin kalau dah takde maid nanti i will consider sending her to the TTDI Jaya branch as they also provide transport to the nearby babysitter/taska chosen by parents (send by the teacher herself)

As usual..SR accept kids who are still using disposable diapers including the TTDI Jaya branch. I also like the principle (teacher Putri) and also teacher Azira who entertain me during my visit..from my observation teachers kat SR ni nampak dedicated sangat unlike the other 2 kindys that i went...layanan pun so-so ajer

Ok..payment pulak, as usual overall around RM1500 la including fees, insurance, terms, books and uniforms...mind you lain cawangan, lain cara diorg charge..tak tau la naper

I think i have made up my mind to send my little girl to SR Subang 2, nanti boleh register terus during open day bulan Oktober ni sebab ada diskaun & gifts hehe...

Thursday, August 2, 2012

Menu berbuka puasa harini

Harini dah 13 hari umat Islam berpuasa..pastu harini jugak la baru terasa nak update gambar menu berbuka syamariz sefamili ni..takpe la, ada jugak gmbr kan..


dari kiri (ikut pusingan jam); Ikan kerisi goreng (sendiri goreng kat umah), pajeri nenas 2 ketul (favourite Mr B, dia beli di bazar ramadhan), sambal tumis ikan bilis (juga favourite Mr B & juga masak sendiri), kuih akok pandan & lopes yang surprisingly yummy sebab beli di bazar ramadhan jugak, kuah gula untuk kuih lopes dannnn MENU UTAMA....masak lemak cili padi ikan merah kering + tempe + terung....

haaa simple ajer kan..tapi setakat itu je la yang boleh makan pun..dessert kalau sama kuantiti dgn laukpauk apa kes kan..kecuali la kalau kat umah tu ramai..ada makpak, atoknenek, makpak sedara, sepupu sepapat dan saudara-saudari (macam adik syamariz cakap waktu dia kecik dulu) haha..lagipun tahun ni anak bujangku shed dah further study, lagi la terasa kurang org nak makan kat umah ni..bibik makan sikit jer..nayra makan apa yang ada jer hehe...nisa pulak off course la susu jerr, kalau weekend ada anak dara sulung n anak bujang tu meriah la lagi sikit kot menu kat atas tu...sebab depa dok menambah dari bazar ramadhan dekat2 umah tu

oh ya..13 hb ogos ni syamariz dah kena start keje balik setelah 3 bulan berada di surrrrgaaaa...ohhh kejam...lagi seminggu nak raya tu tapi bos dah bagi arahan takleh tambah cuti sebab kena amik kelas urgent cissss...taktau la time tu nak masak or macam biasa import dari kafe opis seperti tahun2 terdahulu heheh..ehhh dah ada bibik pun nak tapau ker? ok ok...gigih masak ya we'll see

selamat berpuasa & bersahur serta menunaikan ibadat sunat para muslimin muslimat sekalian...wassalammm

Wednesday, August 1, 2012

Kindergarten survey for Nayra

My little girl happens to be not so little anymore...age and size to be precise! She is going to be FOUR next year and her weight issue is never gone...she is around 17kg now, nasib baik tinggi so boleh la cover sikit kegebuan dia tu..

Ok..now straight to the topic, nak carikan dia kindergarten since she is going to be at the right age to enroll in a kindy, also she has started to feel bored at home, doing the same thing everyday. Luckily syamariz is now on maternity leave for 3 months so boleh la layan dia kat umah...bila dah start keje nanti, kesian pulak..imagining she has to play and do activities on her own

Walaupun sekarang syamariz dah ada maid but her hands are full with baby Nisa..Nayra unfortunately has to be independant, better let her go to school la macam ni...

Hmmm..okay the reasons i can come out on sending her to a kindy are as below:

1. Dah sampai umur yang sesuai (4 years old)
2. Rugi membiarkan kreativiti dia tersekat di rumah..better stimulate her cognitive & psychomotor skills early
3. Bagi dia belajar communication & socializing skills...sekarang dia macam pasif sikit dgn orang
4. Kesian dia boring duduk rumah
5. Sementara ada maid nih, boleh la hantar dia ke kindy dekat2 dgn rumah if not kena heret dia ke kindy dekat2 ofis la

A few days ago, bawak anak dara tu pegi survey 3 tempat:

1. Smart Reader
2. Genius Aulad
3. Krista

Smart Reader:
  • Lokasi atas rumah kedai and very near to my house
  • Layanan profesional, explanation very convincing by one of the teachers
  • Sistem pembelajaran macam advance
  • Teachers nampak very dedicated and tegas
  • Medium of communication is english because students 1 Malaysia
  • Maximum 10 students in a class
  • Ruang agak sempit sebab banyak kelas
  • Terima budak yang masih pakai diapers
  • Makanan adalah snacks macam biskut, kuih or buns except friday dapat menu best sikit macam nasi lemak or bihun goreng
  • Fees - anually around RM1472 (tak termasuk uniform, buku , insurans etc ada la dalam RM200) and monthly RM240
  • Ada 2 session; pagi (8.15 - 11.15am) petang (12.15 - 3-15pm)
  • Principle dia Indian so takde subjek agama...cuma BM, BI, Science and Maths
  • Disember ada 2 weeks of class walau pun cuti sekolah
  • Annual sports day biasanya di Sapura Smart School, Subang and Annual concert di Summit USJ
  • September nanti ada open day..kalau register time tu dapat diskauns etc
  • Lupa nak snap photos
Genius Aulad:
  • Lokasi rumah kedai jugak and agak jauh sikit dari rumah, but still considered near la
  • Teachers nampak baik, lemah-lembut...dunno whether its good or bad
  • Tak banyak kelas..1 class for 4 y.o and 2 classes for 5 & 6 y.o respectively
  • Because kelas untuk 4 y.o cuma satu so maximum dia amik around 22 students
  • Ruang memang luas beserta kelas & perabot yang cantik..very ergonomics for the kids
  • Tak terima budak yang belum potty train (masih pakai diapers)
  • Makanan sama macam Smart Reader
  • Fees - anually RM968 (plus around RM 100 for uniform & books) and monthly RM268
  • Ada 2 sessions jugak; pagi (8.30 - 11.30am) petang (1.30-4.30 pm)
  • Principle Teacher Mawar..a very nice and soft spoken young lady dari Denai Alam
  • Subjeknya BM, BI, Maths & Islamic
  • Penerapan agama yang sangat kuat..ada sesi solat setiap hari, baca doa, kisah nabi etc
  • Ada one-to-one reading session setiap pagi..teacher panggil individually
  • Disember takde kelas
  • Outdoor event- ada lawatan ke surau etc tapi lokasi sports day tak tentu, tak tanya pulak pasal concert tapi sure islamic punya..tak merasa la nak tengok anak menari hula ker, joget ker hehe
  • Layan gambar :






Lokasi survey yang seterusnya adalah Krista tapi tak tercapai sebab dah tutup..syamariz sampai dah kul 12.30 tgh, rupanya dia tak ada sesi petang kot..takpe nanti nak pegi survey lagi kasi puas hati

Dah habis survey semua tempat nanti baru nak buat decision...sekian...

syamariz note:
kena gigih potty train nayra sementara ada seminggu lebih sebelum masuk keje ni..nanti susah nak masuk school

Nisa @ 2 months

                                                                 Nisa - 2 bulan
Hari sabtu lepas (28 July 2012) bawak Nisa gi cucuk 2 bulan...Alhamdulillah berat dah naik ke 5.8 kg dah aduhhh...cepatnya (masa sebulan dulu naik ke 4.3 kg dari 3.01 kg)

Kalini amik peluang sunatkan dia sekali..macam kakak Nayra, mama bawak Nisa gi jumpa Dr Roliza yang manis, ramah-tamah & baik tu ya...bukan tak suka Dr Fadzillah yang jadik paed Nisa aritu tapi senang bagi sama ajer dgn kakak Nayra...Dr Roliza pun dah kenal dgn kitorg, siap tegur Nayra dah tinggi so takde la nampak bulat sangat

Nisa cucuk 2 bulan ni takde la meraung sangat macam waktu dia sebulan dulu...dah besar sikit kot tapi rutin harian dia tak banyak berubah dari waktu dia newborn dulu hadoiiii...

Tidurnya masih seperti waktu newborn....susah nak bagi tidur kalau dah berjaga lama, then wakes up every hour, pastu kadang tido tak nyenyak asyik terjaga...kadang tu nangis tak bersebab, susu dah kenyang, diapers dah tukar, perut tak kembung rupanya nak tidur ajer pun tapi nangis2 marah dulu adoii laa...

Tak sabar tunggu dia besar sikit. Boleh sembang dan main....Jom layan gambar lagi : )


                kakak ya (nayra) yang sentiasa tak boleh tengok adik dia senang..kejap dia usap kepala adik, kejap dia pegang tangan, pastu check dada & dahi takut adik dia demam hmmm..bajet penyayang la tu


susah nak tengok Nisa sengih, apatah lagi senyum meleret..kebanyakan masa dia buat muka selamba jer..ni dia sengih sikit cecepat amik gambar : )


before going to DEMC..pose for the camera dulu...Nayra terlebih excited nak jumpa Dr Roliza sebab tu idola dia..mudah2an makbul la cita2 mama tengok Nayra jadi doktor Amin!